BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PENGENALAN

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Program MBA dibentuk untuk melahirkan individu dengan teknik-teknik pengurusan yang terkini. Teori dan amalan untuk membolehkan mereka menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran global. Program ini akan melengkapkan graduan dengan kemahiran analitikal dan statistik untuk menjadi pembuat keputusan yang lebih baik dan pengurus dalam sektor awam dan juga sektor swasta.

 

Objektif

  1. Menghasilkan dan mengembangkan pengurus dan eksekutif yang serba boleh.
  2. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan membuat keputusan.
  3. Mengembangkan minda keusahawanan dengan pemikiran kreatif dan inovatif.
  4. Meningkatkan keupayaan pengurus untuk mengintegrasikan dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengurusan sesebuah organisasi.