BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE04 - KEUSAHAWANAN

Matlamat

Program ini bermatlamat untuk memupuk eksekutif perniagaan berinovatif dan bertanggungjawab secara universal (berfokuskan kepada keusahawanan dan perniagaan) dalam usaha menyokong aspirasi Negara dalam meletakkan Malaysia sebagai satu hub perniagaan global. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang melangkaui persekitaran bilik kuliah dengan harapan melahirkan graduan perniagaan holistik yang memiliki kemahiran keusahawanan tinggi.

 

Prospek Kerjaya

Graduan boleh memulakan perniagaan sendiri atau menasihati mana-mana usahawan yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Graduan juga boleh mencari peluang pekerjaan sama ada berinovasi atau dalam jawatan keusahawanan yang melibatkan skop yang luas seperti dalam kepimpinan dan peranan membantu sesebuah perusahaan sama ada kecil atau besar, atau mengurus usahaniaga di dalam sebuah organisasi besar.