BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE05 - EKONOMI PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

Matlamat

Program ekonomi perancangan dan pembangunan (HE05) bertujuan untuk melahirkan ahli ekonomi yang inovatif, berdaya tahan dan bertanggungjawab secara global dan menyokong aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

 

Prospek Kerjaya

Melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ekonomi, para graduan program ekonomi perancangan dan pembangunan mempunyai peluang yang luas untuk menceburi kerjaya dalam sektor awam dan sektor swasta. Prospek kerjaya tidak hanya terhad dalam bidang ekonomi tetapi juga terbuka luas meliputi bidang perniagaan, perakaunan dan bidang-bidang lain. Para graduan juga boleh bergabung kemahiran dengan graduan dalam bidang lain untuk menubuhkan syarikat perniagaan dalam bidang yang diminati.