BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE06 - PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERBANKAN

Matlamat

Program ini bermatlamat untuk memupuk eksekutif perniagaan berinovatif dan bertanggungjawab secara universal (berfokuskan kepada pengurusan kewangan dan perbankan) dalam usaha menyokong aspirasi Negara dalam meletakkan Malaysia sebagai satu hub perniagaan global. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang melangkaui persekitaran bilik kuliah dengan harapan melahirkan graduan perniagaan holistik yang memiliki kemahiran keusahawanan tinggi. Program ini bermatlamat menghasilkan tenaga kerja professional khususnya dalam bidang kewangan, pelaburan dan perbankan. Program ini direka secara spesifik supaya pelajar memperolehi ilmu pengetahuan serta kemahiran menganalisa dan menangani isu-isu di dalam sistem kewangan dan perbankan, operasi pasaran wang dan modal, dan peranannya dalam sesebuah ekonomi. Di samping itu, para pelajar juga didedahkan dengan kaedah pembuatan keputusan kewangan dan implikasi keputusan tersebut ke atas organisasi serta masyarakat secara keseluruhannya.

 

Prospek Kerjaya

Dengan pengetahuan yang seimbang dari segi pengurusan kewangan dan perbankan, graduan boleh mencari peluang pekerjaan sama ada dari sektor awam atau swasta seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Kewangan sama ada institusi kewangan tempatan atau luar negara, bank, syarikat insurans, konsultan mahupun usahawan.