BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE08 - PENGURUSAN PERHOTELAN

Matlamat

Program ini bermatlamat untuk memupuk eksekutif perniagaan berinovatif dan bertanggungjawab secara universal (berfokuskan kepada pengurusan perhotelan) dalam usaha menyokong aspirasi Negara dalam meletakkan Malaysia sebagai satu hub perniagaan global. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang melangkaui persekitaran bilik kuliah dengan harapan melahirkan graduan perniagaan holistik yang memiliki kemahiran keusahawanan tinggi. Pelajar akan dilatih untuk berfikiran secara kritis dalam membuat keputusan melalui aktiviti berkumpulan dan juga individu. Program ini distrukturkan untuk membantu graduan menjadi lebih kompetitif dalam bidang perhotelan. Liputan pengkhususan kursus termasuklah pengurusan pejabat hadapan, pengurusan penginapan, pengurusan makanan dan minuman, pemasaran hospitaliti, penyeliaan dalam perhotelan, operasi acara khas, pengurusan kewangan hospitaliti, keusahawanan dalam hospitaliti, pengurusan perkhidmatan, pengurusan strategik perhotelan dan sistem operasi perhotelan.

 

Prospek Kerjaya

Dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang pengurusan perhotelan yang menjadi asas bagi pertumbuhan kerjaya yang profesional dalam bidang perhotelan membolehkan graduan menjadi pekerja pilihan utama pengusaha industri hospitaliti. Pada masa yang sama, graduan boleh menjadi seorang usahawan dalam bidang hospitaliti yang mampu mempunyai daya fikir yang kritis dan mempunyai nilai tambah kemahiran insaniah yang tinggi.