BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE09 - PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Matlamat

Setelah beberapa tahun berjaya menamatkan program Graduan Ijazah Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) akan menjadi:
• Eksekutif perniagaan yang menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan dengan menerapkan isu perniagaan kontemporari.
• Eksekutif perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab amalan etika perniagaan yang baik dalam menyertai masyarakat dan komuniti perniagaan.
• Eksekutif perniagaan yang dapat mengkomunikasikan ide perniagaan secara jelas dan memimpin pasukan kepada solusi berinovasi terhadap masalah perniagaan berkaitan.
• Eksekutif perniagaan yang mampu mengurus dan mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber di dalam memperolehi ilmu baru, pengurusan sumber dan dalam menerapkan kemahiran keusahawanan.

 

Prospek Kerjaya

Graduan program ini berkelayakan dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan peranan lain dalam jawatan swasta, awam dan organisasi bukan berasaskan keuntungan. Graduan bersedia pelbagai industri di pelbagai negara sebagai seorang penganalisa perniagaan, generalis sumber manusia, pengurus operasi atau pakar pemasaran dan pelbagai bidang kerja yang lain.