BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE10 - PEMASARAN

IJAZAH SARJANA MUDA PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PEMASARAN)

 

GAMBARAN KESELURUHAN 

Program ini bertujuan untuk memupuk eksekutif perniagaan yang inovatif dan bertanggungjawab di seluruh dunia (memberi tumpuan kepada pemasaran) dalam usaha untuk menyokong aspirasi negara dalam meletakkan Malaysia sebagai hab perniagaan global. Pelajar akan didedahkan kepada pembelajaran teoretikal dan praktikal di luar persekitaran bilik kuliah dengan harapan dapat menghasilkan graduan perniagaan holistik dengan kemahiran keusahawanan yang tinggi. Program ini membangunkan pengetahuan asas pelajar melalui pendedahan kepada pelbagai disiplin dalam pemasaran dan pengurusan. Matlamat ini dicapai melalui penawaran pelbagai aspek pengetahuan dalam bidang perniagaan mengikut bidang pengkhususan yang dianggap penting dalam dunia pemasaran. Bidang kepakaran termasuklah pengurusan dan pemasaran yang meliputi pengetahuan mengenai kewangan, perakaunan, pasaran, penjualan, promosi, produk, sumber manusia, budaya silang dan dasar perniagaan antarabangsa. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai kaedah pengajaran seperti analisis kes studi, lawatan industri dan/atau jabatan dan latihan praktikum. Penawaran program ini juga bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing dan inovatif serta merealisasikan keinginan untuk menghasilkan graduan cemerlang di peringkat domestik dan global.

PROSPEK KERJAYA 

Graduan akan berpeluang untuk menyumbang kepakaran pemasaran bersama organisasi di tahap global, multi nasional dan tempatan serta organisasi tidak berasaskan keuntungan. Graduan boleh menceburi bidang berkaitan pemasaran seperti perancang pemasaran, pengurus jualan, pengurus jenama, pengurus produk dan pengiklanan, pengurus peruncitan, pegawai perhubungan awam, pengurus perkhidmatan dan penyelidik pemasaran.

SYARAT KEMASUKAN 

STPMMATRIKULASI/ASASIDIPLOMA

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN

SYARAT KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Pengajian Perniagaan / Ekonomi 

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;

  • Mathematics

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN

SYARAT KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut;  

  • Ekonomi / Pengurusan Perniagaan / Mathematics

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;

  • Mathematics
  •  

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN

SYARAT KHAS PROGRAM

 

Memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah.

 

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;

  • Mathematics

 

 

STRUKTUR PROGRAM