BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HP08 - PENGURUSAN PELANCONGAN

Matlamat

Program ini bermatlamat untuk memupuk eksekutif perniagaan berinovatif dan bertanggungjawab secara universal (berfokuskan kepada pengurusan pelancongan) dalam usaha menyokong aspirasi Negara dalam meletakkan Malaysia sebagai satu hub perniagaan global. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang melangkaui persekitaran bilik kuliah dengan harapan melahirkan graduan perniagaan holistik yang memiliki kemahiran keusahawanan tinggi. Maka, graduan program ini mampu mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperlukan di dalam industri pelancongan sama ada di dalam sektor awam mahupun swasta. Di samping itu, program ini juga bermatlamat untuk melatih dan melahirkan individu yang berkemahiran peribadi (personal skills), berkemahiran teknikal (technical skills) dan berkemahiran konsepsi (conceptual skills) yang merupakan elemen-elemen penting bagi dunia pelancongan yang berorientasikan perkhidmatan (service-oriented) dan bersifat global. Program ini akan melahirkan graduan yang berpendidikan inovatif, kreatif serta berupaya memimpin industri pelancongan.

 

Prospek Kerjaya

Graduan berpeluang menceburi bidang pengurusan pelancongan seperti konsultan pelancongan, operator pelancongan, pemasar destinasi, pengurus acara atau menjadi usahawan pelancongan.