BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Sesi Perjumpaan bersama Mahasiswa/i Baharu Ambilan ke 2



SEPTEMBER 25 - Sesi Perjumpaan bersama Mahasiswa/i Baharu Ambilan ke 2, sesi 2019/2020 telah berlangsung pada hari ini. Seramai 62 orang pelajar baharu tersebut telah dirai dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama FPEP. Dekan FPEP, PM Dr. Raman Noordin telah memberi ucapan aluan dan taklimat kepada para mahasiswa/i baharu dan dikuti oleh taklimat akademik oleh Timb. Dekan (Akademik & Antarabangsa) Dr. Lim Fui Yee @ Beatrice. Turut hadir meraikan mahasiswa/i baharu adalah ketua-ketua program.