BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah nama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Aspirasi penubuhannya adalah keperluan kepada tenaga profesional dalam bidang pengurusan, perniagaan dan ekonomi. Menyedari kepentingan pembangunan modal manusia sebagai teras pembentukan negara maju seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020, program akademik di FPEP digarap untuk menyediakan graduan berkualiti bagi mengisi keperluan terhadap pengurus, usahawan, akauntan, ahli ekonomi dan pemain industri yang berkebolehan.

Di samping memenuhi keperluan Negara dan mengoptimakan kelebihan saingan yang ada, graduan FPEP dipersiapkan untuk bersaing dalam pasaran global dengan skil teknikal dan kemahiran insaniah bertaraf antarabangsa. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan sektor perniagaan, program pengajian FPEP yang dinamik telah berkembang menjadi sepuluh program prasiswazah yang mencakupi bidang perniagaan, ekonomi dan perakaunan.

 

BACA SELANJUTNYA

 

  


 
 

  

Dr.Saizal Pinjaman & Dr. Sharon Toh Pei Sung menang dalam Review Writing Competition


Tahniah kepada Dr.Saizal Pinjaman & Dr. Sharon Toh Pei Sung yang berjaya meraih tempat pertama & ketiga dalam Review Writing Competition anjuran bersama Emerald Publishing & Perpustakaan UMS. Dr.Saizal berjaya membawa pulang sebuah Huawei SmartPhone & sijil manakala Dr.Sharon membawa pulang Smart Earphone & sijil. Tahniah!!!!


kredit gambar: perpustakaan UMS

Sorotan Berita

Acara Akan Datang

Ahd Okt 20 @ 8:00AM - 05:00PM
FINEC Family Day
Ahd Okt 20 @ 8:00AM - 05:00PM
FAMILY DAY ACCUMS: ACCUMS JOUR DE LA FAMILLE
Sab Okt 26 @ 4:00AM -
UMS Sunset Autism Run 2019
Rab Okt 30 @ 8:00AM - 05:00PM
HE08 Greet Day 2019: Break D'Ice
Rab Nov 06 @ 8:00AM - 05:00PM
10th POSTGRADUATE COLLOQUIUM