English (UK)BahasaMelayuMalaysia

HG34 PENGELUARAN TANAMAN

Program Pengeluaran Tanaman adalah bertujuan untuk melatih pelajar menjadi tenaga mahir bagi membantu meningkatkan hasil dan ekonomi pertanian Negara. Melalui program ini, pengetahuan terkini dalam bidang pengurusan pengeluaran tanaman makanan (padi, jagung, ubi, sagu dan lain-lain) serta tanaman industri (kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan lain-lain) berdasarkan penyelidikan, sains dan teknologi terkini akan disampaikan kepada para pelajar.