English (UK)BahasaMelayuMalaysia

Amanat Dekan

 

 

Assalamualaikum w.b.t. dan  semoga hari anda ceria!

 

Selamat datang ke Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah, kampus Sandakan.

 

FPL ialah satu-satunya fakulti yang menawarkan pengajian dalam bidang pertanian dalam peringkat pra-siswazah dan pra-siswazah. Tiga program peringkat pra-siswazah yang ditawarkan ialah Pengeluaran Tanaman, Hortikultur dan Landskap, serta Pengeluaran Ternakan.

 

Fakulti dilengkapi dengan pelbagai sumber dan ilmu yang meluas untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pertanian. Plot kawasan ladang seluas 170 ekar yang disediakan untuk tanaman dan ternakan memberi pelajar pendedahan sebenar kepada dunia pertanian. Alatan saintifik terkini seperti LCMS juga disediakan bagi membolehkan pelajar mengendalikan kajian dan analisis di dalam makmal.

 

Sepanjang empat tahun pengajian, pelajar akan mengikuti kurikulum yang dicipta khas untuk memenuhi kehendak pekerjaan dalam bidang pertanian. Ia menggabungkan sains pertanian moden dan lestari bersama kemahiran untuk menyediakan bakal graduan memasuki pasaran pekerjaan. Kemahiran tambahan dalam pengetahuan perniagaan melalui kursus khas seperti Asas Perniagaan Tani menyiapkan pelajar dengan pengetahuan untuk mengawal perniagaan pertanian.

 

Apabila tamat pengajian, pelajar akan dianugerahkan Ijazah Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian.

 

Kami mengalu-alukan anda ke kampus indah kami Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan.

 

“Peneraju Pertanian Moden”

 

PROF DR. ABDUL HAMID AHMAD

Dekan

Fakulti Pertanian Lestari

Universiti Malaysia Sabah