English (UK)BahasaMelayuMalaysia

Pengenalan

Pengenalan

Fakulti Pertanian Lestari telah ditubuhkan pada 4 Mei 2006 bertujuan untuk melatih para pelajar menjadi tenaga mahir bagi membantu meningkatkan hasil dan ekonomi pertanian negara. Para pelajar akan diajar pengetahuan dan penyelidikan terkini dalam bidang pertanian. Matlamat utama Fakulti ini adalah menghasilkan graduan yang berpengetahuan dalam bidang Pengeluaran Tanaman; Pengeluaran Ternakan; Hortikultur dan Landskap selaras dengan Polisi Pertanian Negara ke Tiga yang menekankan pengeluaran hasil pertanian negara yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi kegunaan tempatan dan menembusi pasaran global di samping mengekalkan kualiti alam sekitar kita yang baik.

 

Visi

Fakulti Pertanian Lestari bertekad menjadi sebuah pusat  pengajian tinggi yang terkemuka dalam pendidikan, penyelidikan dan pengembangan pertanian di rantau ini.

 

Misi

Fakulti Pertanian Lestari bertekad menjadi pusat ilmu pertanian yang terunggul dan diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan pengembangan pertanian lestari.

 

Objektif

  1. Melatih dan membangun tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan produktiviti pertanian negara melalui pengajaran, pembelajaran dan bimbingan yang efektif;
  2. Mendedahkan dan menggalakkan pelajar supaya berminat dalam penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian;
  3. Mewujudkan pusat rujukan ilmu pertanian melalui penyediaan khidmat makmal dan ladang pertanian yang lengkap dan berteknologi tinggi serta secara tidak lansung, menggalakkan perkembangan penyelidikan pertanian yang komprehensif dan terfokus;
  4. Menyampaikan dan mengaplikasikan hasil penyelidikan kepada masyarakat dan pihak berkepentingan melalui media massa, dokumentasi visual, seminar, persidangan dan penerbitan.