BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Simposium Wanita dan Kesejahteraan Insan 2018 (SWKI 2018)

Latar Belakang

Simposium Wanita dan Kesejahteraan Insan 2018 (SWKI 2018) merupakan program berbentuk ilmiah yang akan menyentuh beberapa isu dan aspek berkaitan wanita dan kesejahteraan seperti dalam bidang Sosial, Ekonomi, Gender, Pendidikan, Kesihatan, Undang-Undang, dan Media. Penganjuran SWKI 2018 selaras dengan Objektif dan Fungsi penubuhan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS). Pembentangan kertas kerja dalam simposium kemudiannya akan diterbitkan dalam bentuk prosiding, artikel jurnal dan buku. Program SWKI 2018 merupakan anjuran bersama pihak Jawatankuasa Sosial, Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dengan Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Simposium ini akan diadakan di Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) pada 25 Oktober 2018. Dijangkakan seramai 350 orang peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), badan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang berkaitan di seluruh negara akan menyertai simposium ini. Adalah diharapkan melalui penganjuran simposium seperti ini dapat dimanfaatkan dan diperluaskan sesama penyelidik tempatan dan negara serantau khususnya yang menyentuh dan membincangkan topik berkaitan wanita.

Objektif Simposium

  1. Memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai kesejahteraan wanita.
  2. Memberi kesedaran kepada para peserta tentang peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang
  3. Membincangkan pelbagai isu dan cabaran wanita masa kini
  4. Menyalurkan maklumat dan hasil pembentangan kepada pihak kerajaan, bukan kerajaan dan NGO's

Tema Simposium

Tema Simposium Wanita dan Kesejahteraan Insan 2018 "Pemerkasaan Wanita ke Arah Kesejahteraan Insan Sejagat" Simposium ini diadakan sebagai platform kepada penyelidik, ahli akademik, pelajar dalam bidang psikologi khususnya untuk berkongsi dapatan kajian masing-masing di peringkat kebangsaan.

Topik pembentangan Simposium:

  • Wanita dan Sosial
  • Wanita dan Ekonomi
  • Wanita dan Gender
  • Wanita dan Pendidikan
  • Wanita dan Kesihatan
  • Wanita dan Undang-Undang
  • Wanita dan Media
  • Lain-lain Isu Wanita yang relevan

Pautan

http://conferences.cseap.edu.my/swki2018/