BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

KARNIVAL KEBUDAYAAN MURID PRASEKOLAH

Karnival Kebudayaan Murid Prasekolah buat pertama kalinya telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada September 2017. Penganjuran karnival pada tahun tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan iaitu seramai 234 murid prasekolah di negeri Sabah telah menyertainya. Sebagai sokongan untuk terus memelihara dan memartabatkan budaya pelbagai kaum di Sabah. Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan kerjasama Pusat Minda Lestari sekali lagi bercadang untuk menganjurkan karnival tersebut pada tahun ini. 

 

Matlamat : 

 

1. Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam pelbagai aspek perkembangan khususnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2. Memupuk kesedaran ibu bapa untuk membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. 

3. Mengeratkan hubungan murid dengan guru serta memberi ruang kepada mereka untuk menimba pengalaman baharu melalui aktiviti yang dianjurkan. 

4. Mendedahkan murid kepada warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia khususnya Sabah.

5. Mencungkil bakat seseorang murid melalui proses saringan di peringkat sekolah/tadika masing-masing. 

 

Karnival Kebudayaan Murid Prasekolah yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 5 sehingga 7 November 2019 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Rapahi Edris Setiausaha Politik mewakili YB Datuk Dr. Yusof b. Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah. Diiringi oleh YBrs. Profesor Dr Ismail Ibrahm, Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. 

 

  
              Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar SAPJ (Southeast Asia Psychology Journal) JPP (Journal for Educational Thinkers) e respond