BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Pengenalan

Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) menjana tenaga mahir profesional dalam pembinaan insan berpendidikan dan kesepakaran dalam menangani isu tingkahlaku dan masalah sosial. Penggabungan disiplin ilmu kependidikan, psikologi, kerja sosial dan juga kaunseling mampu melahirkan graduan berkemahiran sebagai pendidik, pentadbir, kaunselor dan ahli psikologi bagi memenuhi keperluan yang mencabar dewasa ini. Kesepaduan kursus dan program-program yang ditawarkan mampu melahirkan graduan yang berketrampilan dari segi intelektual, kemahiran berfikir, kepakaran, penyelidikan, mampu menyumbang pemikiran dan idea kepada pembangunan negara disamping membekalkan tenaga kerja yang pakar dalam menyelesaikan masalah sosial dan isu-isu mengenai pendidikan dan kemasyarakatan. Hasrat ini adalah selari dengan keunggulan UMS sebagai sebuah institusi pendidikan, latihan dan penyelidikan yang melahirkan profesional yang berkualiti di peringkat global. Kelangsungan fungsi, peranan dan matlamat fakulti ini sesungguhnya menuntut kerjasama semua pihak untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas, amanah dan didikasi berteraskan kepada budaya kerja cemerlang untuk membangun modal insan yang diperlukan untuk pembangunan negara.