BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Penyelidikan

Fakulti Psikologi Dan Pendidikan (FPP) adalah dalam pengendalian program pengajian pascasiswazah yang terbesar dan pelbagai di UMS.  Dengan kemasukan pelajar melebihi tiga ratus orang, FPP bergiat untuk menjadi peneraju dalam pengajian pascasiswazah.  Pada masa ini, FPP menawarkan dua mod pengajian pascasiswazah iaitu melalui kerja kursus dan penyelidikan.

PENGAJIAN PASCASISWAZAH (PENYELIDIKAN)
Pengajian pascasiswazah dalam mod penyelidikan ditawarkan dalam kedua-dua tahap Sarjana dan PhD secara separuh masa atau sepenuh masa.
Pelajar yang mengikuti program pascasiswazah penyelidikan ini akan dijuruskan ke dalam bidang-bidang seperti:
BIDANG PSIKOLOGI
1. Doktor Falsafah (Doktor Falsafah)
Psikologi Industri dan Organisasi
Psikologi Kanak-Kanak dan keluarga
Psikologi Kaunseling
2. Sarjana (MPhil.)
Psikologi Belia dan Masyarakat
Psikologi Industri dan Organisasi
Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga
Kerja Sosial
3. Sarjana Psikologi (MPsy.)
Psikologi Belia dan Masyarakat
Psikologi Industri dan Organisasi
Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga
Kerja Sosial

BIDANG PENDIDIKAN
1.    Pendidikan Guru
2.    Kurikulum
3.    Pengurusan Pendidikan
4.    Pembangunan Organisasi dalam Pendidikan
5.    Sosiologi Pendidikan
6.    Pendidikan
7.    Pendidikan dalam Sains/Sains Sosial/Ekonomi/Bahasa Inggeris
8.    Sains Sukan

KELAYAKAN

Kemasukan dalam program Sarjana (kerja kursus dan penyelidikan), seseorang calon perlu mempunyai Sarjana Muda dengan Kepujian  dalam bidang yang berkiatan. Untuk Pengajian pendidikan, calon haruslah mempunyai Diploma/Sijil perguruan ataupun Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang berkaitan dengan bidang daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.
Bagi kemasukan program PhD (secara penyelidikan), calon harulah mempunyai Ijazah Sarjana Pendidikan untuk program Pendidikan dan Ijazah Sarjana Psikologi bagi program Psikologi atau yang berkaitan dengan bidang daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.

              Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar SAPJ (Southeast Asia Psychology Journal) JPP (Journal for Educational Thinkers) e respond