Pemakanan

 

HS05 Pemakanan

 

Program ini mula ditawarkan pada sesi pengajian 2018/2019 bagi melahirkan graduan dengan pengkhususan dalam bidang Pemakanan. Program ini akan melatih pelajar dalam sains pemakanan untuk mempromosikan kesihatan manusia dan pencegahan penyakit. Pelajar program ini akan mempelajari kursus asas dan professional yang merangkumi pengetahuan saintifik, teknikal dan professional sesuai dengan pengiktirafan professional sebagai nutritionist. Pelajar wajib menjalankan penglibatan komuniti sepanjang tempoh pengajian serta latihan industri di luar universiti untuk memperolehi pengalaman kerja dan berpeluang untuk menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal yang dipelajari. Graduan dari program ini boleh bekerja sebagai nutritionist di agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta di seluruh Malaysia sebagai pakar pemakanan industri atau pakar pemakanan produk dalam industri makanan, di badan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada kesihatan awam, ahli akademik dan organisasi penyelidikan sebagai ahli akademik dan penyelidik, sebagai usahawan untuk memenuhi keperluan nutrisi yang berkaitan dan tuntutan pelbagai kumpulan populasi dan sebagai ahli nutrisi dalam komunikasi dan media massa.