PENGENALAN

Diterbitkan: Isnin, 06 Julai 2015

Penubuhan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) adalah berdasarkan kepada keperluan Negara untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berinovatif dan dinamik dalam bidang sains dan sumber alam selaras dengan hasrat untuk mencapai status universiti yang berinovasi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kampus ini terletak di kawasan yang kaya dengan sumber alam seperti galian, flora dan fauna yang merangkumi terrestrial dan marin. Program-program fakulti memberi penekanan kepada bidang sains, teknologi dan sumber alam ke arah kelestarian alam. Fakulti menawarkan empat belas (14) program pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian sains biologi, sains kimia, fizik gunaan, matematik gunaan, sains sekitaran, sains bumi dan perhutanan.

MATLAMAT

Melahirkan graduan yang berilmu pengetahuan, berintegriti, seimbang dan kompeten dalam bidang sains, teknologi dan sumber alam yang mampu bersaing di peringkat nasional dan global.

OBJEKTIF

  1. Memperkembangkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains dan teknologi melalui pengajaran dan penyelidikan sejajar dengan kehendak Negara yang akan menjadi sebuah Negara maju;
  2. Melahirkan graduan yang berkecekapan dan berkemahiran profesional serta mempunyai kepakaran dan pengetahuan asas dalam program yang dipilih, disamping mempunyai pengetahuan dalam bidang tambahan melalui kursus-kursus elektif yang dipilih;
  3. Melengkapkan graduan dengan asas teori dan aplikasi yang kukuh untuk membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah;
  4. Memberi khidmat melengkapi pengetahuan sains dan teknologi untuk pelajar-pelajar dari fakulti lain dalam Universiti kea rah penghasilan siswazah yang seimbang;
  5. Menyemai dan mengembang ilmu pengetahuan yang berguna dan menekankan aspek-aspek kemapanan dalam pengurusan hutan (sustainable forest management) serta pemprosesan hasil hutan yang cekap yang mengeluarkan produk yang tinggi nilai tambahnya di samping harmoni dengan kualiti persekitaran;
  6. Menjana dan melahirkan generasi muda yang berilmu, berteknologi dan berkemahiran dalam mengurus sumber berasaskan khazanah hutan sebaiknya; dan memupuk dan menggilap kewibawaan pelajar ke arah menjadi siswazah yang seimbang dan berketerampilan di peringkat nasional dan global.

Muat Turun Buku Direktori Sumber Manusia