Sekapur Sireh

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016

Dean of SSTSelamat Datang ke Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah. Di alaf baru ini, FSSA berusaha untuk menjadi pusat diiktirafan dunia yang menggalakkan kecemerlangan penyelidikan dan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di mana peluang penemuan dan percambahan idea-idea baru tidak terbatas.. FSSA juga akan membolehkan pelajar untuk mengasah potensi mereka dan melengkapkan diri mereka untuk masa hadapan. Dalam usaha untuk menyediakan persekitaran  berasaskan  penyelidikan, FSSA telah menubuhkan empat unit penyelidikan iaitu Pusat Kajian Bencana Alam  (PKBA), Unit Penyelidikan Air (WRU), Unit Penyelidikan Rumpai Laut (SRU), unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari (SPOR) dan Unit Penyelidikan Rumpai Laut ( SRW).

FSSA menawarkan pelbagai program akademik untuk sarjana muda dan ijazah lanjutan, dan pelbagai peluang penyelidikan di persekitaran pendidikan dan penyelidikan yang lengkap. Terdapat tiga kategori program di FSSA, Sains Fizikal (Geologi, Matematik dengan Ekonomi, Matematik dengan grafik komputer, Fizik dengan Elektronik, Industrial Chemistry), Sains Biologikal (Bioteknologi, Sains Persekitaran, Biologi Pemuliharaan, Akuakultur, Sains Marin) dan Sumber Alam (perhutanan tropika Antarabangsa, taman Alam dan rekreasi, teknologi kayu dan industri, perladangan hutan dan perhutani).

Kami yakin ada akan mendapat mendalami lagi segala peluang-peluang yang terdapat di FSSA semasa anda melayari laman web ini. Terima kasih atas kesudian anda melayari laman web ini.

 

"Kecemerlangan dalam Sains, Teknologi dan Kelestarian Alam Sekitar"

 

PROF. DR. BABA MUSTA
Dekan
Fakulti Sains Dan Sumber Alam
Universiti Malaysia Sabah