Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program ini bertujuan melahirkan graduan terlatih dalam bidang akuakultur bagi membantu membangunkan sektor industri dan penyelidikan akuakultur negara serta berkebolehan menjadi pengusaha dan penyelidik akuakultur yang berjaya dan berilmu. Pelajar akan didedahkan dengan pengurusan hatceri, sangkar serta mengurus ladang sendiri menerusi konsep perladangan kongsi. Pelajar turut akan didedahkan dengan pelbagai disiplin asas biologi, kimia dan bioteknologi. Latihan industri di ladang-ladang akuakultur tempatan dan antarabangsa serta pusat pengajian tinggi yang berkaitan dengan akuakultur akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang peringkat-peringkat kritikal dalam proses penternakan bidang akuakultur.

PROSPEK KERJAYA
Usahawan akuakultur, pengurus ladang akuakultur, pengurus hatceri, pengurus kilang pemprosesan seperti makanan laut/makanan ternakan akuakultur, pegawai perikanan, pegawai penyelidik, pegawai sains, pensyarah, pegawai kualiti (makanan laut), pakar runding akuakultur, pegawai pentadbir/penguatkuasa,saintis.