Biologi Pemuliharaan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program biologi pemuliharaan bertujuan melahirkan graduan yang dapat membantu dalam pengurusan alam sekitar secara mapan terutamanya dari aspek biologi dan juga memupuk sifat yang komited terhadap kelestarian alam. Pelajar didedahkan dengan kerja lapangan yang berasaskan pelbagai disiplin asas biologi dan pemuliharaan sebagai persediaan untuk alam pekerjaan.

PROSPEK KERJAYA
Penyelidik, pensyarah, pengurus taman, industri farmaseutikal, industri pelancongan, organisasi bukan kerajaan, pegawai kesedaran awam.