Bioteknologi

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam bidang bioteknologi yang diperlukan dalam bidang industri dan penyelidikan di dalam negara, terutamanya yang melibatkan asas disiplin biologi dan kimia. Program ini juga menekankan aspek latihan industri untuk mendedahkan pelajar dalam aspek perindustrian. Di akhir pengajian, graduan akan dapat menyumbang dan memajukan industri berasaskan bioteknologi dan berpeluang untuk bekerja dalam bidang teknologi pembuatan dan pemprosesan berasaskan bioteknologi serta bidang penyelidikan.

PROSPEK KERJAYA
Kaunselor genetik, pegawai terapi gen, pegawai genetik perubatan, pegawai kesihatan awam, pegawai forensik, pensyarah, penyelidik, jurutera bioperubatan, ahli bioinformatik, permodelan biologi, pakar dalam industri pembuatan dan pemprosesan, penganalisa kawalan kualiti, pakar instrumen, pakar biopemprosesan, pegawai dalam agensi-agensi penyelaras berkaitan bioperubatan.