Fizik Industri (HS22)

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program ini dirangka untuk melahirkan graduan yang berkemahiran dalam fizik dengan pendedahan kemahiran – kemahiran yang digunapakai di peringkat industri melalui kursus-kursus teras, minor dan elektif yang ditawarkan. Program ini mengukuhkan pelajar kepada hukum-hukum asas fizik di samping memberi kemahiran menggunakan peralatan fizik dan instrumen industri melalui kursus-kursus amali, kerja lapangan dan latihan industri. Pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran teknologi maklumat, didedahkan kepada teknologi terkini dalam bidang fizik berasaskan keperluan industri melalui kursus-kursus yang bersifat dinamik dan terkini seperti kursus topik-topik khas dalam fizik industri. Keunikan program yang multidisiplin  ini dapat menjamin graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pendidikan, kejuruteraan, penyelidikan perindustrian dan pentadbiran.

Prospek Kerjaya
Ahli  fizik,  R&D  elektronik,  R&D  fizik,  guru, pensyarah, pegawai tadbir, pegawai penyelidik, juruteknologi pengaturcaran, fizik perubatan