Mengenai Geologi

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program geologi dirangka untuk memberi pengetahuan asas mengenai bumi serta proses-proses yang berlaku di dalam dan pada permukaan bumi. Hasil-hasil semulajadi bumi seperti petroleum, gas, mineral dan bahan-bahan binaan serta prinsip-prinsip asas geologi akan diterangkan melalui pembelajaran di bilik kuliah serta beberapa siri kerja lapangan yang dijalankan di sekitar Sabah. Latihan industri yang diadakan pada semester terakhir pembelajaran akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar yang mengikuti program ini.

PROSPEK KERJAYA
Sebagai ahli geosains di jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan industri berkaitan geologi seperti industri petroleum, perlombongan, pembinaan dan pelancongan.