Perhutanan Tropika Antarabangsa

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Matlamat program adalah untuk menghasilkan graduan yang kompeten dan mantap dalam pengurusan hutan secara mapan berdasarkan kepada pengetahuan kukuh dalam sains perhutanan dan teknologi lapangan perhutanan, terlatih dengan baik dan sensitif terhadap polisi hutan dan isu-isu semasa, mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, profesional dan bertanggungjawab dalam bidang kerjaya mereka pada masa depan.

PROSPEK KERJAYA
Pegawai Perhutanan, Pengawalan Perhutanan, Pegawai Pemeliharaan Hutan, Penilai/ Jururunding Impak Alam Sekitar (EIA), Pengurusan Tadahan Air/ Hidrologi, Penganalisa Dasar / Polisi Hutan, Pengurus Ladang, Penyelidik dan Perunding Perhutanan