Kimia Industri

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program ini bertujuan melahirkan para graduan yang boleh menyumbang kepada agensi yang berasaskan kimia atau memerlukan pengetahuan kimia samada dalam sektor awam, swasta khasnya industri kimia atau badan berkanun. Penekanan diberi kepada aplikasi kimia dalam industri termasuk semua aspek sumber bahan, instrumentasi, proses kimia, teknologi serta alam sekitar. Kursus-kursus yang relevan juga ditawarkan untuk memperkembangkan pengetahuan pelajar dalam bidang yang berkaitan rapat dengan industri kimia.

PROSPEK KERJAYA
Ahli kimia, pegawai forensik, pegawai penyelidikan, pegawai hospital, pensyarah, guru, pegawai pentadbir, peniaga, pakar dalam proses industri.