Perladangan Hutan dan Perhutani

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Matlamat program adalah untuk menghasilkan graduan yang kukuh dalam pengetahuan teori dan lengkap dengan latihan praktikal dalam bidang perladangan hutan dan perhutani, penghasilan bahan tanaman dan pokok, dan pengendalian peralatan saintifik dan peralatan ladang. Di samping itu, graduan yang dihasilkan berkebolehan dan berpengetahuan dalam pengurusan dan perlaksanaan projek penyelidikan atau projek perladangan. Program juga menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang baik di samping mempunyai minat dan kesedaran mengenai isu-isu semasa, piawaian dan amalan dalam bidang yang diceburi.

PROSPEK KERJAYA
Pengurus Kilang, Pengusaha Industri Perkayuan, Pegawai Teknologi Perkayuan, Perunding Produk dan Sains Kayu, Pegawai Teknologi dan Produk Hutan, Pengurus Perladangan Kayu dan Penyelidik