Matematik dengan Grafik Berkomputer

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program ini ditawarkan bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam membangunkan aplikasi grafik berkomputer dengan berlatarbelakangkan teori dan pengetahuan matematik seperti aplikasi visualisasi saintifik, realiti maya, simulasi dan perisian matematik. Rasional dan tujuan program Matematik dengan Grafik Berkomputer ditawarkan adalah untuk menyediakan graduan yang bersifat kompetitif dan kreatif di dalam pelbagai industri dan sektor selaras dengan keperluan semasa. Program ini juga telah direkabentuk bagi melahirkan ahli Matematik yang berupaya menterjemahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang matematik ke dalam aplikasi visualisasi dan simulasi.

PROSPEK KERJAYA
Pembangun aplikasi grafik berkomputer, pengaturcara aplikasi realiti maya, jurutera pemvisualan saintifik, juruanalisa sistem, pengaturcara permainan komputer, perekabentuk grafik, pembangun perisian matematik dan penyelidik.