Sains Marin

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program sains marin menyampaikan ilmu mengenai persekitaran marin melalui syarahan, latihan makmal serta kerja lapangan yang bertujuan mendedahkan para pelajar kepada kepelbagaian hidupan serta ekosistem marin dan pertaliannya dengan persekitaran. Kursus ini merangkumi pengurusan kawasan perlindungan marin, polisi maritim, hubungkait atmosfera-samudera serta impak aktiviti manusia dan perubahan cuaca terhadap samudera bagi menghasilkan graduan yang mampu memahami serta mengurus pemuliharaan dan pengunaan lestari sumber marin.

PROSPEK KERJAYA
Pegawai pentadbir/ penguatkuasa (cth: pegawai di Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasa Maritim, Jabatan Perikanan, Jabatan Taman Laut), pegawai pemuliharaan marin, pengurus taman laut, pegawai/perunding alam sekitar, saintis/penyelidik,bidang eko-pelancongan –pemanduselam SCUBA, akuaris, biologis residen di pulau peranginan dan akuarium awam.