Sains Sekitaran

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Program ijazah Sains Sekitaran adalah program yang bersifat multi-disiplin yang menekankan pemahaman asas saintifik dan kemahiran praktikal di lapangan dan makmal untuk menganalisis dan mengurus masalah alam sekitar. Penerapan asas saintifik yang kuat di peringkat tahun pertama membawa kepada pendedahan yang lebih terperinci di peringkat tahun kedua dan ketiga dalam topik-topik teras sains sekitaran seperti pencemaran dan analisis kualiti udara dan air, hidrologi sekitaran, meteorologi dan perubahan iklim, aplikasi GIS dan permodelan sekitaran, toksikologi dan kesihatan sekitaran, pengurusan sisa pepejal dan toksik, dan juga undang-undang alam sekitar dan pengurusan sumber dan sekitaran. Modul-modul ini membolehkan pelajar mengkhusus atau mengekalkan portfolio sains sekitaran yang luas, sementara mengekalkan asas yang kuat dalam kemahiran dan pengetahuan sebagai ahli sains alam sekitar yang kompeten.

PROSPEK KERJAYA
Perunding Alam Sekitar, Pegawai Alam Sekitar, Pegawai Penyelidik, Pensyarah, Juruteknik Penyelidikan, Saintis Alam Sekitar, Pegawai Kesihatan Sekitaran, Pegawai Meteorologi, Guru, Pegawai Keselamatan Alam Sekitar,Pegawai EIA, Juruaudit, Perunding ISO, Pegawai Kesihatan Sekitaran, Usahawan Sekitaran dan lain-lain.