Teknologi dan Industri Kayu

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016

Matlamat program adalah untuk menyediakan ilmu asas yang kukuh dan menyediakan sumber tenaga mahir yang profesional dalam bidang industri berasaskan kayu.  Program ini berhasrat untuk menghasilkan graduan yang berilmu pengetahuan teori dan teknikal dalam bidang teknologi dan industri perkayuan, berketrampilan dan mempunyai kemahiran insaniah serta sahsiah yang baik bagi memenuhi pasaran kerja dan keperluan tenaga mahir dalam industri berasaskan kayu.

PROSPEK KERJAYA

Pengurus Ladang/ Tapak Semaian/ Operasi, Pegawai Penyelidik, Pegawai Perhutanan dan Pengusaha Ladang