BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Tentang MAPUM

 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

MAPUM telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Timbalan - Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor IPTA ke 123 pada 17 Julai 1993 bertanggungjawab dalam memperkasakan peranan Hal Ehwal Pelajar, Penginapan dan Perkhidmatan Pelajar selari dengan perkembangan dan cabaran masakini dalam pendidikan tinggi dan mendukung aspirasi hal ehwal pelajar selaras dengan misi dan visi universiti.

VISI

  • Sebuah Majlis penggubal dan rujukan yang berorientasikan kebajikan, pembangunan sahsiah dan perumahan pelajar

MISI

  • Menjadi penggubal dan pakar rujuk dalam membangun dan memperkasakan sahsiah, kebajikan dan perumahan pelajar .

 

DEFINISI PERUMAHAN UNIVERSITI

Bermaksud tempat tinggal yang disediakan atau diurus oleh universiti untuk kemudahan pelajar seperti:

  • Kolej Kediaman/Asrama/Desasiswa/ Mahallah
  • Rumah kelamin atau keluarga (pelajar)
  • Rumah pelajar antarabangsa
  • Rumah khas jawatan (felo dan pengetua)
  • Rumah tamu dalam kolej kediaman
  • Penginapan pelajar luar kampus

 

FUNGSI MAPUM

  • Sebagai badan rujukan untuk menentukan penanda aras dan sumber rujukan IPT dalam hal ehwal penginapan dan perkhidmatan pelajar
  • Menganjur dan mengendali program-program yang ada hubungkait dengan sistem pengurusan penginapan dan perkhidmatan pelajar, penganjuran seminar, persidangan, bengkel dan mesyuarat bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan pegawai universiti terutama ahli MAPUM dalam hal ehwal berkaitan.

 

KEAHLIAN MAPUM

Dua (2) orang wakil tetap MAPUM daripada setiap universiti.

  • Pengerusi Majlis Pengetua atau pengetua yang dilantik oleh universiti
  • Pengurus Asrama/Pegawai Tadbir yang dilantik oleh universiti.

Namun pelantikan di atas adalah tertakluk kepada kelulusan TNC HEPA setiap universiti.