BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Berikut merupakan piagam pelanggan bagi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni :

1. Menyediakan sekurang-kurangnya 80% kemudahan penginapan yang selesa dan selamat kepada pelajar pada setiap sesi pengajian
2. Memberi bantuan kebajikan dalam tempoh 7 hari bekerja ( 7 hari hanya di peringkat urusetia Jawatankuasa kebajikan Pelajar sahaja)
3. Memastikan sekurang-kurangnya 80% aktiviti pembangunan sahsiah yang bersifat high impact antara kaum yang dirancang dalam tahun semasa dapat dilaksanakan.

 

DASAR KUALITI

Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertekad untuk menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan latihan yang memenuhi kepuasan pelanggan dalam proses pembangunan mahasiswa bagi merealisasikan visi dan misi Universiti dengan penambahbaikan berterusan serta memenuhi peraturan berkanun.