PENGENALAN PERSATUAN HIMPUNAN ILMUAN UMS

PENGENALAN PERSATUAN


Persatuan Himpunan Ilmuan Universiti Malaysia Sabah (HiUMS), adalah suatu persatuan yang menghimpunkan para ahli akademik dan ilmuan yang berkhidmat secara sah dan berdaftar di Universiti Malaysia Sabah. Persatuan ini ditubuhkan secara sah pada 8 Februari 2019 dan telah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan no. pendaftaran PPM-001-12-08022019. HiUMS ditubuhkan dengan dengan tujuan dan aspirasi seperti berikut:

1. Menyubur budaya dan tradisi intelelektual dalam kalangan ahli akademik dan ilmuan ums bagi mendokong transformasi dan matlamat Universiti Malaysia Sabah

2. Menjunjung prinsip universiti untuk masyarakat melalui usaha kerjasama dan perkongsian ilmu serta sumbangan khidmat sosial dan khidmat kepakaran bagi memperkasa pembangunan modal insan masyarakat setempat.

3. Membuat dan menganjurkan kajian, kertas kerja, peninjauan atau penyelidikan atas aspek-aspek terbabit dengan bidang profession ini

4. Memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan bidang profession ini

5. Meningkatkan taraf profesionalisme di kalangan ahli-ahli

6. Menjadi platform perhubungan, perbincangan dan rakan kerjasama strategik di antara para ahli akademik dan ilmuan ums dengan pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah.