MAKLUMAT UMUM

PENGENALAN Universiti Malaysia Sabah atau UMS telah ditubuhkan pada November 1994. Tidak lama kemudian, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) atau sebelum ini dikenali sebagai Unit dibentuk. Penubuhan Institut ini telah membolehkan saintis-saintis tempatan bekerjasama untuk menjelajahi kepelbagaian dan pusat kekayaan sumber semulajadi iaitu Hutan Hujan Tropika.

 

Bangunan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan

 
[OBJEKTIF] [PADA MASA KINI] [RANCANGAN MASA DEPAN] [BAGAIMANA BEKERJASAMA DENGAN IBTP?]

 
OBJEKTIF IBTP
  • Menjadi pusat penyelidikan dan rujukan dalam bidang biologi tropika dan pemuliharaan. 
  • Menjadi nod pengkalan data bagi tujuan pengurusan dan penilaian.
  • Untuk menjalankan kajian-kajian ke atas hutan hujan tropika dan kelompok air tawar serta pemuliharaan organisma dan habitat.
  • Untuk menyediakan tenaga manusia terlatih dalam bidang kajian biologi tropika dan pemuliharaan melalui program jangka panjang atau pendek serta penyeliaan. 
  • Untuk menganjurkan forum (persidangan, latihan dan bengkel) dalam bidang biologi tropika dan pemuliharaan.
   ATAS

BAHAGIAN DI DALAM IBTP
IBTP mempunyai empat bahagian utama:   
  • Pentadbiran dan Kewangan
  • Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)
  • Pusat Kepelbagaian Biologi (BORNEENSIS)
  • Jaringan Maklumat
 

IBTP PADA MASA KINI
Empat bidang penyelidikan yang ditumpukan; 
  • Biodiversiti dan Biosistematik  
  • Proses-proses Ekologi 
  • Pemajuan Biodiversiti  
  • Pelancongan Alam Semulajadi.  
Institut telah mengorak langkah mengumpul spesimen flora dan fauna dimulakan dengan Ekspedisi Maliau Basin pada Mei 1996, Ekspedisi Tabin pada tahun 1997, Klias-Binsulok pada tahun 1999 dan Lembah Imbak pada tahun 2000. Koleksi-koleksi ini akan bertambah apabila lebih banyak kerja lapangan dijalankan dari semasa ke semasa.

Tempat seperti Banjaran Trusmadi, Keningau, Tenom dan Pensiangan telah dikenalpasti sebagai lokasi lawatan kerja lapangan oleh Institut.  Semua spesimen yang terkumpul disimpan di BORNEENSIS untuk kegunaan penyelidik tempatan dan antarabangsa.


RANCANGAN MASA HADAPAN
  • Untuk meningkatkan jumlah penyelidikan yang melibatkan hutan hujan tropika dan pemuliharaan.
  • Untuk menyediakan kemahiran formal dan tidak formal dalam bidang biosistematik.
  • Untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang subjek Kepelbagaian Biologikal dan kepentingan pemuliharaan.
  • Untuk memastikan pembangunan berkekalan alam sekitar dan sumbernya.
  
BAGAIMANA BEKERJASAMA DENGAN IBTP?
  • Menjadi penyelidik bersekutu
  • Menyumbang kepakaran anda melalui bimbingan penyelidikan pelajar
  • Usaha bersama dan kerjasama dalam ekspedisi serta tinjuan ke seluruh Pulau Borneo
  • Menjalankan kerjasama projek penyelidikan
  • Menyediakan sokongan kewangan atau menaja pelajar yang membuat penyelidikan
  • Menjadi pembantu penyelidik