MUZIUM KATAK IBTP

KONSEP

Konsep Muzium Katak IBTP yang telah dirasmikan pada 14 Disember 2003 merupakan kombinasi pameran spesimen katak yang telah diawet, model dan juga katak hidup yang dipamerkan dalam persekitaran asal untuk memberi pendidikan kepada umum mengenai kepelbagaian, kepentingan dan pemuliharaan hidupan katak. Ia merupakan sebahagian daripada usaha IBTP untuk mempopularkan kepelbagaian biologi.

Tujuan utama Muzium Katak IBTP adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat Malaysia tentang kepelbagaian dan kepentingannya. Ancaman terhadap kehidupan katak juga dihebahkan agar pihak umum sedar akan penglibatan mereka terhadap pemuliharaan hidupan ini.

Sasaran khalayak muzium ini termasuklah kanak-kanak hinggalah dewasa, saintis bukan herpatologi dan juga khalayak tempatan serta antarabangsa.


Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan sebarang topik penyelidikan.