BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

COLLECTION ROOMS

 

KOLEKSI BORNEENSIS

Untuk rekod, lebih daripada 132,892 spesimen + 6,733 samples spesimen flora dan fauna telah disimpan didalam bilik koleksi BORNEENSIS dan angka ini akan bertambah saban tahun sejajar dengan pertambahan aktiviti penyelidikan dan pelajar. Kesemua spesimen ini disimpan di empat (4) buah bilik koleksi yang dilengkapi dengan kelengkapan moden dan terbaik. Perincian adalah seperti berikut:

Bilik Koleksi

Makluman

Bilik Koleksi Serangga

Bilik Koleksi Serangga menyimpan lebih 117,499 spesimen serangga yang telah diawet kering dan disimpan di dalam kompaktor. Kompaktor dalam Bilik Koleksi Serannga ini telah didermakan oleh JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui program BBEC (Bornean Biodiversity and Ecosystem Conservation)

Berikut adalah senarai order serangga yang terdapat di bilik koleksi ini iaitu,

1)Order Hymenoptera (Semut, penyengat dan lebah)

2)Order Lepidoptera (Rama-rama dan kupu-kupu)

3)Order Coleoptera (Kumbang)

4) Order Blattaria (lipas)

5)Order Orthoptera (belalang dan cengkerik)

6)Order Diptera (Nyamuk dan lalat)

7)Order Homoptera (riang-riang)

8)Order Hemiptera (Afid)

9)Order Neuroptera

10)Order Dermaptera

11)Order Odonata (Pepatung)

12)Order Phasmida

Selain koleksi penyelidikan, BORNEENSIS turut menerima banyak koleksi spesimen duplicate (pendua) dan hadiah (198 spesimen kupu-kupu) hasil daripada kolaborasi dengan penyelidik tempatan dan antarabangsa.

BORNEENSIS turut mendapat kepercayaan penyelidik seluruh dunia supaya semua type spesimenuntuk spesimen yang telah dikumpul di Sabah akan didepositkan di bilik koleksi.

  • – 70 spesis (Hymenoptera, Coleoptera, Diptera)

  • – 63 spesis (Hymenoptera, Coleoptera, Diptera, Homoptera dan Orthoptera)

Bilik Koleksi Vertebrata (Basah)

Terdapat lebih 5,000 spesimen disimpan disini. Semua spesimen ini diawet basah iaitu disimpan dalam 70% alkohol.

  • 1)Mamalia – lebih daripada 700 spesimen

2)Ikan – lebih daripada 2,000 spesimen

3)Burung – lebih daripada 100 spesimen

4)Amfibia – lebih daripada 500 spesimen

5)Reptilia - lebih daripada 100 spesimen

Selain haiwan vertebrata, spesimen lain yang diawet basah juga disimpan disini.

1)Spesimen serangga (Order Isoptera, Hymenoptera dan Serangga akuatik) – lebih daripada 1,500 spesimen

2)Spesimen molusca – lebih daripada 1,000 spesimen

3)Spesimen botani – lebih daripada 50 spesimen

Bilik Koleksi Vertebrata (Kering)

Terdapat lebih 3,500 spesimen disimpan dibilik koleksi ini. Disamping menyimpan spesimen mamalia, burung dan reptilia yang telah diawet kering dengan menggunakan kaedah taksidermi, bilik koleksi ini juga menempatkan spesimen moluska.

Bilik Koleksi Botani (Herbarium)

Bilik Koleksi Botani ini telah didaftarkan dalam Index Herbariorium dan diiktiraf serta dikenali diperingkat antarabangsa sebagai BORNEENSIS Herbarium (BORH).

Terdapat lebih daripada 7,426 spesimen tumbuhan dan fungi disimpan disini

1)Lumut – lebih daripada 3,500 spesimen

2)Paku-Pakis – 1180 spesimen

3)Tumbuhan Angiosperm dan Gymnosperm – 2419 spesimen

4)Fungi – 327 spesimen

Sebanyak 9 spesimen Isotype tumbuhan daripada family Lowiaceae dan Zingiberaceae telah disimpan disini.