BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Friends Of BORNEENSIS

PROGRAM RAKAN BORNEENSIS 2019

Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah

  

 

 

MAKLUMAN KEPADA PARA PESERTA

Aktiviti perkhemahan ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Semua peserta dimohon untuk

membawa baju serta keperluan lain yang mencukupi untuk tempoh tersebut. Aktiviti akan berlangsung

dari pagi hingga ke malam. Lokasi perkhemahan adalah terletak didalam kampus UMS  iaitu

di Lembah Ex-situ, berdekatan dengan bangunan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) dan juga Bukit UMS.

Berikut adalah senarai barang keperluan yang perlu dibawa oleh setiap peserta:

  1. Baju T-shirt (panjang dan pendek)
  2. Seluar panjang (track bottom) *Seluar jean tidak digalakkan
  3. Tuala mandi
  4. Selimut / Sleeping bag
  5. Pakaian dan barangan peribadi (ubat gigi, berus gigi, sabun mandi & syampu)
  6. Kasut adidas kampung/ kasut sukan
  7. Stoking
  8. Selipar
  9. Lampu suluh / head lamp dan bateri
  10. Kamera (jika ada)
  11. Botol minuman
  12. Ubat-ubatan persendirian seperti ubat asma, ubat alergik dan sebagainya

Pihak penganjur akan menyediakan:

  1. Khemah
  2. Makanan dan minuman sepanjang aktiviti perkhemahan
  3. Piring, sudu, garfu dan gelas
  4. Alatulis (fail, pensel dan buku nota)
  5. Kotak pertolongan cemas / First Aid Kit

Aspek keselamatan peserta:

Setiap peserta adalah dimohon untuk sentiasa menjaga tingkah laku, berhati-hati dan mendengar arahan fasilitator bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan dan sebagainya. Ibu bapa/penjaga perlu memberi kebenaran kepada anak dibawah jagaan untuk menyertai aktiviti ini. Borang kebenaran hendaklah dikembalikan ke pejabat IBTP bersama dengan bayaran yuran sebelum/pada 9 Mac 2017.

Bagi menjaga keselamatan peserta:

  • Bahagian Keselamatan UMS akan sentiasa membuat rondaan di lokasi perkhemahan
  • AJK Keselamatan serta urusetia sentiasa bersama dengan peserta sepanjang masa
  • Sebuah kenderaan (bersama pemandu) akan disediakan semasa aktiviti ini berlangsung sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang kecemasan
  • Berikut adalah nama pegawai yang boleh dihubungi sekiranya perlu:
  1. Pn. Nur Aisya @ Petherine Jimbau, Penyelaras    : 013-5457284
    1. En. Izham Abu Bakar, AJK Hospitaliti                 : 012-8206032
  2. En. Rolinus Paulous, AJK Keselamatan                : 013-8840886