Laman Utama Mengenai IPMB Pendidikan Penyelidikan Penerbitan Hubungi Kami

Berita Terkini


-5 November 2011-

Selamat Datang
ke Laman Web Baru IPMB





-26-29 November 2011-

Tahniah & Syabas Diucapkan Kepada Bakal Graduan Baru UMS. Selamat Menyambut Majlis Konvokesyen Ke-13, Universiti Malaysia Sabah




Laman Web Baru IPMB
(Bahasa Inggeris)
sedang dikemaskini.
Harap maklum.

 

Calling for Papers!
International Seminar on Marine Science
& Aquaculture
13-15 Mac 2012

www.ums.edu.my/ipmb/isomsa/

 

 

 

Selamat Datang ke Laman Web IPMB




Perutusan Pengarah


Universiti Malaysia Sabah (UMS) mula menerokai bidang penyelidikan akuakultur dan sains marin menerusi penubuhan Unit Penyelidikan Marin Borneo dalam tahun 1995. Unit ini berjaya dibangunkan dengan pesatnya dan telah dinaiktaraf menjadi Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) pada Jun 2000. Institut kini menjadi pusat penyelidikan innovatif dan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi pelbagai subjek akuakultur dan sains marin di peringkat serantau, nasional dan antarabangsa.

Selanjutnya

Pengenalan

Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) telah ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai sebuah unit penyelidikan dengan objektif mengalakkan kajian sains marin di Sabah. Unit tersebut telah dinaiktaraf kepada status institut semenjak bulan Jun 2000 sejajar dengan pembangunan dinamik UMS.

IPMB merupakan salah satu pusat kecemerlangan di UMS yang menumpu kepada penyelidikan, pembangunan dan penkomersialan sumber akuatik dengan pengkhususan bidang akuakultur dan sains marin. IPMB berfungsi sebagai salah satu daripada 4 pusat kecemerlangan di UMS dalam penyelidikan sumber akuatik amnya dan khususnya dalam bidang akuakultur dan sains marin. IPMB beriltizam menerokai bidang penderiaan jauh dan bioteknologi marin di alaf baru.



Objektif

1. Menggalakkan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sumber-sumber akuatik.

2. Menghasilkan tenaga kerja berilmu dalam bidang akuakultur, sains marin dan bioteknologi marin.

3. Menyebar maklumat berkaitan akuakultur, biodiversiti dan pemuliharaan marin.






Misi & Visi

Misi

Menjalankan penyelidikan ilmiah mengikut keperluan dalam bidang sains marin dan akuakultur.

Menyediakan pendidikan bermutu tinggi, pengalaman dan latihan dalam bidang sains marin dan akuakultur lestari.

Menyebar ilmu pengetahuan dan membantu dalam menggalakan aplikasi saintifik, sosial dan ekonomi berkaitan persekitaran marin dan akuakultur.

Visi

Menjadi sebuah pusat kecemerlangan diiktiraf secara global yang menyediakan asas saintifik bagi pemuliharaan dan pengurusan ekosistem marin dan pembangunan lestari sumber akuatik yang boleh diperbaharui menerusi akuakultur.