BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

CSR

IPMB adalah komited terhadap kerja-kerja melibatkan komuniti iaitu dalam membangunkan sumber manusia, menyediakan nasihat professional bagi topik yang berkenaan dan memberikan latihan kepada komuniti yang tinggal di persisiran pantai yang memerlukan bantuan bagi penghasilan benih, operasi ladang ikan dan penambahbaikan stok.

Institut ini juga berusaha menuju ke arah kebajikan komuniti nelayan laut yang mengalami penurunan dalam hasil tangkapan. Bagi tujuan ini, terdapat sebuah program berterusan yang dijalankan bagi menggalakkan perladangan spesies komersil yang penting. Program ini diadakan hasil daripada perhatian yang diberikan kepada kebolehlaksanaan habitat dan kestabilan ekosistem.

Fasiliti Akuarium dan Muzium Marin yang terdapat di Institut ini juga adalah dibuka kepada orang awam bagi mempromosikan kesedaran terhadap persekitaran marin, terutamanya kepada kepelbagaiannya.

 

Projek CSR IPMB:

PROJEK SUNGAI PETAGAS