BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

FASILITI PENYELIDIKAN

BMRI mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik untuk kerja penyelidikan. Peralatan moden yang digunakan untuk kerja-kerja praktikal dalam makmal, kerja lapangan di laut, dan ujian di hatceri ikan dan udang. Antara kemudahan infrastruktur utama yang terdapat di Insitut ini adalah:

  • Hatceri ikan
  • Hatceri udang
  • Makmal-makmal penyelidikan
  • Bengkel bot dan jeti
  • Akuarium dan Muzium Marin

Untuk penyelidikan akuakultur, terdapat dua buah hatceri ikan dan udang di dalam kampus yang mempunyai fasiliti moden, daripada pengurusan induk sehingga kepada penghasilan makanan hidup dan seterusnya sistem pemeliharaan larva.

Selain pengurusan induk, pembiakan dalam sangkar dan pemeliharaan larva, ujian juga dijalankan pada sistem tumbesaran. Kemudahan untuk kuarantin, analisis kimia, pemulihan kualiti air, penapisan, penyediaan makanan berformula dan pengawetan krio gamet juga terdapat di hatceri ini.

Dengan kemudahan yang dimiliki, hatceri-hatceri ini menyokong penyelidikan yang bertujuan untuk membangunkan teknologi baru dan menambahbaik sistem yang sedia ada. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Institut ini telah memberi perhatian khas kepada modul teknologi hijau akuakultur dan sistem multitrophic bersepadu sebagai sebahagian daripada usaha ke arah adaptasi akuakultur kepada perubahan iklim.

Bagi kerja-kerja pemerhatian lautan dan tujuan lain yang memerlukan kerja lapangan di laut, terdapat bot-bot kecil dan sebuah kapal penyelidikan canggih, Galaxea, yang dilengkapi dengan kemudahan untuk penyahgaraman, navigasi, telekomunikasi, pensampelan, dan menyelam SCUBA antara lain. Di Institut ini penggunaan bot dan aktiviti-aktiviti menyelam diuruskan oleh 'Bengkel Bot. ‘Bengkel Bot’ terdiri daroipada beberapa seksyen: win-kawalan kebuk, bengkel, unit menyelam SCUBA, ruang bot berlabuh, jeti dan blok pentadbiran.

Salah satu komponen yang penting di Institut ini adalah Akuarium dan Muzium Marin yang mana ianya  digunakan untuk pendidikan biodiversiti, penyelidikan dan pendekatan kepada orang awam. Ia menempatkan koleksi hidupan marin dan pameran biodiversiti marin. Fasiliti ini mempunyai tiga bahagian yang utama: diorama menyelam, seksyen akuarium dan seksyen muzium marin. Para pelawat akan mendapatgambaran tentang hidupan yang terdapat di dalam laut. Bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang unik, susun atur di dalam seksyen akuarium mempamerkan interaksi di antara komuniti ekosistem organisma yang kompleks dengan persekitarannya. Seksyen muzium mempamerkanfosil flora dan fauna marin.

Kerja analisis boleh dijalankan di makmal-makmal berikut yangmana ianya dilengkapi dengan peralatan terkini:

  • Makmal Mikrobiologi dan patologi
  • Makmal Bioteknologi
  • Makmal Nutrisi
  • Makmal Kultur Hidup
  • Makmal Oseaonografi Fizikal
  • Makmal Oseaonografi Kimia
  • Makmal Oseaonografi Biologi
  • Makmal Ekosistem Tropika
  • Makmal Basah
  • Makmal Peralatan Khas
  • Makmal Koleksi Rujukan

PEMBIAYAAN

Aktiviti R & D di IPMB adalah dibantu oleh Universiti dan agensi-agensi kerajaan. Namun begitu, terdapat juga institusi profesional antarabangsa yang komited terhadap aktiviti pemuliharaan sumber-sumber marin dan pembangunan ekologi mapan makanan laut melalui akuakultur yang turut menyumbang dan menyokong di dalam projek-projek yang berkenaan. Sejak kebelakangan, sektor swasta juga di dalam tanggungjawab sosial korporatnya telah mula menyokong inisiatif penyelidikan di Institut ini.

Kebanyakan projek-projek penyelidikan yang dijalankan di Institut ini termasuk penyediaan biasiswa kepada para pelajar yang mendaftar untuk kursus ijazah. Walau bagaimanapun, penganugerah biasiswa ini adalah berdaya saing tinggi dan ianya tidak dijamin.

PENGKOMERSILAN PENYELIDIKAN

IPMB membantu kerja penyelidikan dengan pendekatan komersial, dan mengalu-alukan kerjasama dengan industri dan institusi yang menjalankan aktiviti R &D. Ini membantu dalam pemindahan penemuan saintifik atau teknologi kepada sektor swasta di mana kemahiran perniagaan boleh membangunkan ia kepada produk atau perkhidmatan yang boleh dipasarkan. Dengan menghubungkan kemahiran dan kepakaran yang berbeza di dalam bidang akademik dan usahawan,akan membantu dalam mengkomersialkan hasil inovasi dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan.