BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Akuarium & Muzium Marin yang terletak di Institut ini adalah sebuah platform untuk pendidikan biodiversiti, penyelidikan dan pendekatan awam. Ia menempatkan koleksi spesimen marin yang mempamerkan biodiversiti marin. Ia mempunyai tiga bahagian utama iaitu: Diorama Menyelam, Pameran Akuarium dan Muzium Marin. Pelawat boleh mempunyai gambaran tentang apa yang berada di dasar laut daripada susunatur di dalam tangki pameran akuarium yang mempamerkan interaksi dengan persekitaran untuk pengalaman pembelajaran yang unik. Bahagian muzium marin mempamerkan spesimen flora dan fauna marin yang telah diawet.

KADAR PAS MASUK*

Kategori

Warganegara

Bukan Warganegara

Kanak-Kanak/Pelajar 4 - 17 tahun

RM 5.00

RM 10.00

Dewasa (18 tahun dan ke atas)

RM 10.00

RM 20.00

Warga Emas 

RM 5.00

RM 10.00

KADAR PAS KAMERA*

Warganegara

Bukan Warganegara

RM 5.00

RM 10.00

*Nota: Kadar termasuk 6% GST

MASA MELAWAT

Hari

Masa

Isnin - Sabtu

9.00 am  - 4.00 pm

Ahad & Cuti Umum

Tutup

AKTIVITI

Aktiviti

Masa

Tayangan video

9.00 am  - 4.00pm

Masa makan (tangki akuarium)

3.30 pm - 4.00 pm

  
Peringatan:  
Semasa lawatan tersebut sila patuhi peraturan berikut:  
i.  Makan dan minum hanya dibenarkan di luar Akuarium & Muzium Marin,  
ii.  Pelawat dilarang meyentuh panel pameran dan mengalihkan sebarang spesimen pameran, dan  
iii.  Tayangan video pada hari Isnin - Jumaat akan dijalankan sekiranya Bilik Mini Teater tidak digunakan untuk kuliah atau aktiviti rasmi yang lain.