Bahasa MelayuEnglish (UK)

KERJA-KERJA MEMBINA BUND WALL DI BILIK GENERATOR SET BANGUNAN PAKEJ A, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Menurut akta US NFPA Cose 30:  bund wall atau containment perlu dibina bagi menampung 110% kapasiti tangki minyak diesel di bilik-bilik generator.

Sekiranya tangki minyak mengalami kebocoran, Bund Wall yang dibina daripada konkrit ini boleh mengelakkan minyak diesel tersebut merebak ke bahagian lain yang boleh menyebabkan kebakaran.

Oleh yang demikian, Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan telah mengambil langkah membina Bund Wall secara DIY.

Seramai 25 orang kakitangan JPP yang terlibat dengan pembinaan ini adalah terdiri daripada penolong jurutera awam, penolong jurutera mekanikal serta penolong jurutera elektrik dan dibahagikan kepada dua kumpulan.

 

Bilik Generator yang terlibat adalah di bangunan:

1. Pusat Rawatan Warga

2. Perpustakaan

3. Pump House 

4. Substation No.9 (FSSA-Blok Sains)

5. Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan

6. Substation No.15 (Canselori)

7. Substation No. 17 & 17A (IPMB)

 

Kumpulan 1

Tarikh Pembinaan: 9-11 April 2019

Kumpulan 2

Tarikh Pembinaan: 23-25 April 2019

 

 

GAMBAR SEBELUM

 

     

 

GAMBAR SEMASA

 

     

              

 

GAMBAR SELEPAS