Bahasa MelayuEnglish (UK)

Pentadbiran

pdf icon Klik untuk muat turun

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran JPP serta mengoptimumkan penggunaan sumber manusia secara professional di dalam memberikan perkhidmatan kepada jabatan.

  1. Mempertingkatkan pengurusan pengendalian latihan yang lebih efisyen kepada warga JPP
  1. Mempertingkatkan dan memperkasakan pengurusan kualiti JPP selaras dengan Objektif Universiti.
  1. Melaksanakan pengurusan aset jabatan secara berperingkat dan menyeluruh.
  1. Memperkasakan pengurusan kewangan dan mengamalkan dasar penjimatan di tahap optimum berlandaskan peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
  1. Melaksanakan pengurusan perkhidmatan logistik pengurusan majlis/ aktiviti rasmi universiti.


EMPAT SEKTOR YANG TERLIBAT:-

1. SektorPentadbiran Dan Governan

   i) Seksyen Pentadbiran Am Dan Governan

   ii)Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

   iii)Seksyen Pengurusan Kewangan Dan Belanjawan

2. Sektor Aturcara

   i) Seksyen Aturcara

3. Sektor Pengurusan Kualiti & Aset

4. Sektor Khidmat Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

 

KAMI BERJANJI AKAN ;

 

  1. Mengedarkan dokumen mesyuarat MPT selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat.

 

 

  1. Menyerahkan permohonan tuntutan elaun kerja lebih masa kakitangan yang telah diproses ke Bendahari selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh akhir penghantaran.

 

 

  1. Memastikan proses permohonan tuntutan perjalanan kakitangan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

 

 

  1. Memastikan dokumen tuntutan kontraktor/ pembekal diserahkan kepada Zon Kewangan Bendahari JPP dalam tempoh 7 hari dari tarikh inbois diterima.

 

 

  1. Memastikan permohonan perkhidmatan yang diterima didaftarkan ke dalam sistem TAM’S dalam tempoh 10 minit.

 

 

  1. Memastikan auditan dalaman kualiti diadakan sebanyak 2 kali setahun.

 

 

  1. Memberikan maklumbalas kelulusan ke atas permohonan perkhidmatan logistik dalam tempoh satu (1) hari bekerja.