Sistem Maklumat

sismaklumat
UMTP memastikan semua sektor di bawahnya memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.

UMTP terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu :

 altalt


alt


alt

alt

Penerangan:

  • Seksyen ini bertanggungjawab dalam menyediakan dan menyelenggara sistem rangkaian komputer seluruh kampus, selain memastikan keselamatan rangkaian kampus adalah terpelihara. Ini termasuk :
  1. Khidmat nasihat teknikal mengenai pengkabelan (LAN/Wireless) yang sedia/baru kepada PTJ yang membuat pengubahsuaian ruang.
  2. Pengurusan IP Address,penyediaan spesifikasi teknikal dan pemantauan projek berkaitan untuk keperluan universiti.


alt

alt

Penerangan:

  • Seksyen ini bertanggungjawab membuat perancangan perolehan dan pengagihan komputer/ pencetak/ pengimbas/ menaiktaraf sistem pengoperasi/ sistem aplikasi dan naiktaraf perkakasan/ sistem aplikasi. Ini termasuk :
  1. Bantuan teknikal dalam penyelesaian masalah yang berkaitan dan penyediaan spesifikasi perkakasan komputer dan peralatan sokongan serta sistem aplikasi/ perisian untuk penilaian teknikal.
  2. Penyelenggaraan komputer secara berjadual.
  3. Menyediakan perkhidmatan peminjaman komputer.
  4. Memberi perkhidmatan instalasi perisian dan memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan komputer dan peralatan sokongan hak milik penuh universiti/sewaan oleh universiti.


 alt

Penerangan:

  • Bertanggungjawab di dalam perkara-perkara berikut :
  1. Bantuan dalam menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) selain mengatur sesi latihan penggunaan peralatan untuk tenaga akademik (bagi yang memerlukan) dan menyediakan spesifikasi / membuat penilaian teknikal ABM.
  2. Memberi pinjaman ABM kepada PTJ yang memerlukan.



alt 

alt
Penerangan:

  • Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat untuk kegunaan pihak pengurusan sumber manusia.
  • Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat kewangan bersepadu untuk kegunaan pihak pengurusan kewangan universiti.


 alt
Penerangan:

  • Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat perpustakaan .



 alt

Penerangan:

  • Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem automasi pejabat untuk kegunaan pihak pengurusan PTJ.



 alt
Penerangan:

  • Seksyen ini bertanggungjawab membangunkan manual kualiti (ISO) dan  sistem pengurusan aset bersepadu untuk kegunaan pihak pengurusan fasiliti dan aset universiti.
  • Secara keseluruhannya, kesemua seksyen di atas berperanan dalam membantu jabatan-jabatan mewujudkan sistem aplikasi untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran.
  • Antara perkhidmatan lain yang kami berikan adalah :
    1. Memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pengguna dalam penilaian pembangunan sistem aplikasi yang dicadangkan.
    2. Membantu pengguna dalam fasa “Business / User requirement study”.
    3. Bantuan teknikal kepada pengguna semasa pengujian terhadap sistem yang telah dibangunkan.
    4. Berperanan sebagai system admin (juga sebagai “ first line of support”) kepada aplikasi jabatan yang tidak mempunyai kakitangan yang terlatih dalam bidang teknologi maklumat.
    5. Membantu pengguna dalam proses naiktaraf sistem aplikasi.

 


alt

Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat pelajar universiti untuk kegunaan Bahagian Perkhidmatan Akademik.


 alt

Penerangan:

  • Seksyen ini bertanggungjawab membuat perancangan dan memastikan Learning Management System (LMS) yang sedia ada berjalan dengan lancar juga menyelenggara/ menaiktaraf (perisian dan perkakasan) LMS untuk memantapkan lagi fungsi-fungsinya, termasuk :
    1. Nasihat teknikal kepada pengguna-pengguna LMS.
    2. Menyelaras/koordinasi sesi latihan penggunaan LMS kepada pengguna-pengguna.
    3. Membuat penyelidikan terhadap tahap kepuasan pengguna LMS.
    4. Membuat penyelidikan terhadap keperluan perkakasan dan fungsi-fungsi LMS.

alt

Penerangan:

    • Seksyen ini bertanggungjawab mengurus/ menyelenggara laman web universiti.
    • Memberi nasihat teknikal kepada webmaster-webmaster J/S/P/I/U dilantik.
    • Menyelaras/koordinasi sesi latihan kepada webmaster.
    • Membuat penyelidikan terhadap keperluan fungsi-fungsi laman web/portal.


 alt

Penerangan:

  • Seksyen ini bertanggungjawab membangunkan teknologi multimedia (sama ada untuk P&P atau urus tadbir) termasuk penghasilan media video dan multimedia interaktif , termasuk :
  1. Menyediakan perkhidmatan untuk menghasilkan/ penyediaan peralatan multimedia untuk majlis-majlis rasmi universiti.
  2. Perkhidmatan video, fotografi untuk semua aktiviti rasmi universiti.