Login Form

FORUM

There are no posts in the Shoutbox

Hanya Ahli Berdaftar Sahaja Yang Boleh Tinggalkan Pesanan

084343
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
36
72
254
83880
1012
1497
84343

Your IP: 54.80.227.189
Server Time: 2017-11-24 18:54:37

Polisi

PRIVACY POLICY

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal KEKAUMAS ini dan boleh dialamatkan terus kepada:

  • Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS)
    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
    JALAN UMS
    88400 KOTA KINABALU
    SABAH

    Tel : 088-320000 samb 1448
    Faks : 088-320243

RANGKUMAN

Menerangkan cara pengendalian maklumat kenal pasti diri yang dikumpulkan apabila pengunjung berada di Portal KEKAUMAS, dan apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dasar ini juga merangkumi pengendalian maklumat kenal pasti diri yang mungkin dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT

Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookies.

Tujuan maklumat ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke laman web dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.

PERKONGSIAN DAN PENDEDAHAN MAKLUMAT

Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam.

Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;

1. Mendapat kebenaran berbuat demikian.
2. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
3. Pihak Jabatan Pendaftar mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

COOKIE

Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda.

Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain.

Laman web Jabatan Pendaftar menggunakan cookie sendiri untuk beberapa tujuan:

1.Mengakses maklumat pengunjung bagi memberikan paparan dan rekabentuk laman web yang lebih sesuai.
2.Menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas khalayak.
3.Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki kandungan dan perkhidmatan Portal Jabatan Pendaftar.

PAUTAN

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.



template-joomspirit