AKTIVITI 2001

AKTIVITI-AKTIVITI KESEUMBA PADA TAHUN 2001

31 Mac
Mesyuarat Agung Tahunan Keempat KESUMBA (MAT IV) bertempat di Galeri, Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah.

11-15 Julai
LASBELA ke Semenanjung Malaysia. Seramai 28 orang ahli KESUMBA telah turut serta dalam lawatan ini yang diketuai oleh Y.Bhg. Datin Seri Panglima Hajah Jamilah Sudin, Yang DiPertua KESUMBA. Ahli-ahli telah berpeluang melawat PUTRAJAYA, Menara Kembar PETRONAS, Menara Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia selaku tuan rumah.

23 Jun
Bengkel 'First Aid & Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)' anjuran bersama Biro Pendidikan & Pelajaran dan Permai Polyclinic, Kota Kinabalu.

20 Julai Kelas Fardhu Ain dibimbing oleh Ustazah Hajah Kuna Binti Hj. Kadis anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan.

22 Ogos Pameran Akademik sempena Lawatan Rasmi Yang DiPertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong ke Kampus Universiti Malaysia Sabah.

11-15 September Gerai jualan KESUMBA di Tamu Gadang dan Poster Pameran Akademik di Muzium Kampus Tetap telah diadakan sempena Majlis Konvokesyen Ketiga UMS. Biro Pendidikan & Pelajaran dan Biro Ekonomi & Kepenggunaan telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini.

10-12 November Khemah Cinta Alam Sekitar 2001 dan Kem Bestari 2001 anjuran bersama Biro Pendidikan & Pelajaran dan Biro Sukan, Rekreasi dan Sosial telah berjaya dijalankan. Penyertaan adalah terdiri daripada anak-anak ahli KESUMBA dan terbuka kepada pelajar-pelajar yang berada dalam tingkatan 4, 5, 6 serta pelajar-pelajar dalam tahun 4, 5 dan 6.