Home Info Guides Policy Contact Us

 

Panduan

Panduan Penggunaan Turnitin bagi Pensyarah / Penyelia

1. Pensyarah / Penyelia perlu menghubungi Pentadbir Turnitin di Perpustakaan UMS.

2. Penggunaan akaun Pensyarah/Penyelia adalah percuma.

3. Pensyarah/Penyelia hanya dibenarkan untuk memeriksa penulisan pelajar sahaja.

4. Pensyarah/Penyelia bertanggungjawab mengawalselia penggunaan akaun pelajar dalam Turnitin termasuk proses muat-naik atau muat-turun fail.

5. Semasa pendaftaran akaun, Pensyarah/Penyelia perlu menyatakan nama penuh dan alamat emel. Hanya emel rasmi UMS yang dibenarkan.

6. Pensyarah/Penyelia akan menerima pengenalan dan katalaluan melalui emel dari Turnitin HelpDesk.

7. Apabila telah menerima pengenalan dan katalaluan, sila layari laman Turnitin di http://www.turnitin.com.

8.Login menggunakan pengenalan dan katalaluan yang diberikan oleh Turnitin HelpDesk.

9. Pensyarah/Penyelia boleh merujuk tatacara menggunakan Turnitin di capaian http://turnitin.com/en_us/training/instructor-training

 

Panduan Penggunaan Turnitin bagi Pelajar

1. Pelajar perlu membuat pendaftaran melalui Pensyarah/Penyelia untuk mendapatkan class ID dan Enrollment Password.

2. Sila layari laman Turnitin dan klik pada pautan Create Account.

3.Klik pada pautan student untuk meneruskan proses pendaftaran dan ikuti arahan selanjutnya.

4. Pelajar boleh merujuk tatacara menggunakan Turnitin di capaian http://turnitin.com/en_us/training/student-training