• Bahasa Melayu (MY)
  • English (UK)

Pengenalan

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan penerbitan Universiti. Perpustakaan UMS turut menyediakan perkhidmatan di Kampus Cawangan Sandakan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebuah perpustakaan khas juga telah ditubuhkan untuk Sekolah Perubatan yang kini terletak di Blok B. Perpustakaan UMS menggunakan VIRTUA sebagai sistem perpustakaan dan ia boleh diakses 24 jam 7 hari seminggu melalui Portal Perpustakaan.

 

Visi

Ke arah Perpustakaan yang dinamik dan mampan

 

Misi

Memperkasakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dalam usaha mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu melalui pembangunan koleksi yang dinamik dan infrastruktur yang kondusif

 

Objektif

  • Memantapkan koleksi bahan dan maklumat yang berkualiti sejajar dengan kehendak pelanggan
    Menyediakan perkhidmatan yang efisien, efektif dan mesra pelanggan
    Menyediakan infrastruktur yang kondusif sejajar dengan trend semasa
    Memupuk budaya ilmu di kalangan warga universiti dan masyarakat sekitar
    Menjadi hub rujukan pembelajaran dan penyelidikan di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  •  

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan:
1.    Memastikan perkhidmatan Peminjaman dan Pemulangan buku di kaunter dilakukan dalam masa 3 (tiga) minit bagi setiap pengguna
2.    Membekalkan bahan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dalam tempoh 3 (tiga) minggu dari tarikh permohonan.
3.    Membekalkan bahan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) dalam tempoh 5 (lima) hari dari tarikh permohonan.
4.    Mengurus aduan pelanggan dalam tempoh 7 (tujuh) hari berkerja

<